Thursday, December 29, 2011

Mood Final Exam




Sekarang tengah mood final exam, aku mencari dimana kekuatan ini, berdoa pada Allah supaya tak hilangkan semgat aku untuk berjuang di UTHM, penyakit 'M' tu memang jahat...memang jahat, perkara buruk tentu akan bawak buruk, jadi cik fatin masturah silalah buang perangai buruk itu dan jangan buang masa dengan on9 sahaja~~!!!

Sekarang pun tengah berblog ini..aisyshhh dimana semangat aku..ini..Ya Allah jangan Kau Lunturkan semgat ku untuk berjuang di UTHM, Ya Allah semoga aku dapat menamatkan ijazahku dengan jayanya, pada tempoh yang ditetapkan amin.

Aku sebenarnya dah kebuntuan idea untuk menulis sebab dah lama sangat tinggalkan dunia blog yang sebelum ini aku punya ramai jugalah kenalan dan follower, tapi itu semua aku hentikan.

Dan wujudlah blog baru ini. Oklah aku pun tak nak membebel panjang, tunggu aku cuti semester, habis final baru aku sok-sek-sok yee...daaaa.

"Sesungguhnya masa itu berlalu begitu pantas walaupun pada saat-saat bahagia kita rasakan seolah-olahnya masa begitu pantas tetapi ketika saat-saat kesedihan masa seolah-olahnya begitu lambat berlalu, pada hakikatnya masa itu terlalu pantas seperti awan yang berlalu" - Yusuf al Qaradawi

Tuesday, December 27, 2011

One step closer to final exam UTHM 2011

Hi, all..aku kembali semula ke kancah blogger kini, tapi hanya cuma dalam lingkungan private network. Sebab aku rasa aku belum rasa mahu publish or share pada sesiapa mengenai kewujudan blog ini.

Okey,kira nak kata aku ini banyak juga keburukan dan kelemahan aku, hurmmm, final xam dah nak dekat, but still 1 apa pun aku tak study...where my hearts, wheare my magics words..where kata-kata hami asyraff blogs..?

Okey fatin masturah, take ur time dun worry about around you, worry about youself first, right fatin..think positive.

Saturday, December 17, 2011

13 Disember 2011

Tarikh ini diatas sudah pun berlalu seminggu yang lebih
tapi aku akan ingat, saat-saat ini sampai bila-bila
terharu, terima kasih kawan-kawan, kerna ada kamu menghidupkan hari-hari aku.

Mood : aku rindu dengan pelukan mak.

Thursday, December 08, 2011

8 haribulan Disember 2011

Bagun pagi tadi, aku terbayangkan adik laki aku, aku rindu dia tiba-tiba, aku tahu dia bukan suka sangat kat kakak dia yang garang ini, lepas itu aku bayangkan mak aku, ayah aku, along,aku adik aku..yang pasti aku tak dapat tipu ialah aku rindu mereka. Aku nak sangat pelukan mak, berada disisi aku ketika ini.

Esok test lagi control system, Ya Allah lindungilah aku dari putus asa, Ya Allah Terangilah hatiku ini ketika aku mengulangkaji pelajaran, supaya ilmu yang aku pelajari itu meresap masuk dalam hatiku ini niat keranaMu Allah, semoga aku dapat menjawab soalan dengan lancar, tanpa ragu-ragu..Ya Allah..permudahkan segala urusan ku serta lancarkan hari-hariku, Ya Allah Kau mudahkanlah yang sulit, Ya Allah Kau rungkaikan yang rumit...Hanya padaMu aku berserah...amin

Dan disaat ini baru berpeluang memblog..dan dalam bulan 12 ini, lah macam-macam kerja bertimbun yang ada. Fatin be strong, don't ever give up, percaya, yakin pada diri.

ingat Mak dan Ayah.

mood : rindu mak, ayah, acik, baby, along

Friday, November 11, 2011

Masa Berlalu Begitu Cepat

Aduhh sekarang ini dah hari jumaat, apa pun fatin must get ready..exam its just around the corner..aku seboleh-bolehnya tak mahu dihimpit kekusutan diri dek kerana kawan-kawan sekeliling aku yang sorang ini terlalu mengikut ketakutan perasaan samapi study, tension aku, kt facebook pun buleh tanya, bab 6 susahlaa...aku ini selagi boleh elakkan dari perkataan yang berkaitan dengannya bukan kerana aku ini tak mahu study or apa, cuma kita punya kemampuan masing-masing, jangan risau dengan kedaaan sekeliling risau pada kedaan diri kita yang utama!

Target aku utnuk siapkan kerja-kerja tertunggak tidak tetrunai..kecewa dengan diri ini...

EMT
COMSS TUTORIAL
NOTA MATHS BAB 5 AND BAB 6
TUTORIAL MATHS
PROJEK EMT
STUDY DIGIT
LAB PRELAB DIGIT..MENGECEWAKAN AKU SUNGGUH...

Fatin jangan malas, sila fokus..pada apa yang ingin kau capai...

noted to myself, buang segala sikap buruk yang merosakkan kejayaan kau fatin!!

Sunday, November 06, 2011

Salam Aidiladha

Hi, semua, salam aidiladha..=)
Hari ini adalah hari pertama raya korban, jadi raya korban biasa-biasa sahaja tak semeriah hari raya aidilfitri namun kita sebagai umat islam melahirkan rasa syurkur ke hadrat ilahi kerana dapat lagi meraikan hari raya aidiladha ini.
Apa yang aku nak coret kat sini ye?? Well minggu ini seminggu aku cuti tapi disebabkan aku nk balik awal jadi aku baliklah hari sabtu, walaupun aku rasa uhhh, patutnya aku beli tiket hari Ahad, tapi untuk menyenangkan hati aku niat kata pada diri, tak apa balik awal, banyak benda nak disettelkan, tak apalah ini aku anggap sebagai pengorbanan aku sebagai pelajar untuk masa depan yang lebih cerah pada masa akan datang.
Hurmm,,dan minggu lepas juga telah berakhirnya test-test 1 aku...hurmm....ada yang ok..ada yang tak, but for me..the more important is your effort dan niat kita pada Allah, aku seboleh-bolehnya selalu jaga hati ini supaya dipemudahkan segala urusan ku setiap hari.
Huurmmm lepas ini perlu bekerja keras lagi!!! untuk masa akan datang sebab, aku perlu kekalkan pointer aku yang cukup-cukup makan itu. Hurmm Jangan putus Asa Fatin!!!

Saturday, November 05, 2011

Sudah Berlalu Tests 1 aku

Hi....heee..sekarang baru boleh 'talking to the moon' sambil puas-puas(layan lagu Mr Know It All). Aku sekarang ini time cuti seminggu, fuhhh, lega sikit dari ekanan stressla..kalau tak asyik-asyik kat bilik mengadap buku,bosannn sangatlahh tersetress sangatlaa walaupun aku rasa kau perlu bergitu sebab IQ aku berbeza-beza dari orang lain. Kalau dah masuk Universiti ini tak lain tak bukan menguji tahap kepantasan IQ kita, nak tak nak kamu kena paksa untuk terima konsep yang diguna pakai. bukan HAFAL!!! ye kawan-kawan!!
Tinggal 1 lagi paper je lagi untuk aku ketahui markah-markah aku, sekarang ini dah 2 test aku fail itu pun sipi-sipi je nak lulus...hurmmmm alhamdulilah...aku bajet ingat maths engineering aku fail...but how miracle its, semua kuasa Allah, boleh kira separuhlah aku dapat even tak dapat full mark...pun i dun mind, because thus is my effort..thanks Allah...syurkur alhamdulilah..dah bajet soalan 1 dapat kosong, alih-alih Allah kurniakan 6 markah untuk aku...fuhh...thanks Allah, dan imagine..soalan last aku dapat full mark...memang aku target soalan itu..thanks again Allah, alhamdulilah...
Dan untuk test control system aku fail, sipi je nak lulus, kesilapan besar aku adalah aku kurang fokus pada bahagian electrical part dan juga soalan 1, dan juga markah! Pengajaran untuk kali ini setiap kali jawap test, ujian, kuiz dan final exam mesti refer pada markah dulu, yang banyak dan yang sikit, dan tumpukan soalan pada apa yang dia nak, faham betul-betul soalan.
Ok.stop sampai sini..tunggu my lappy hantar klinik, service yaaa
seeeyaaaaa...

Friday, October 21, 2011

Elektromagnet dan Control System

Lepas ini akan berjuang untuk elektromagnet dan control system..hurmm...please be strong fatin masturah jangan putus asa..minta Allah suluhkan hati..terangkan hati semoga ilmu dan hidayah, dapat diterima jelas dalam hati..

Aku tahu ini minggu depan will be the hardest test for me...but think about its..why someone else can doit..i know i can do it...mari berjuaannngg!!!!

Jangan Putus Asa, jangan lemah!!, jangan kata putus semangat!!

Baru sahaja petang tadi aku jawab test maths engineering 4. Soalan senang, tapi maybe aku terover confident sampai aku fikir masa tak cukup untuk aku, aku yakin dapat jawab soalan natural cubic, tapi soalan senag untuk soalan first and second aku tak boleh nak jawab...hurrmm..keciwa..dans edih aku target untuk skor untuk test 1 ini, sebab melibatkan 15%..dan senang nak faham sub-sub topik untuk maths in..(mood masih sedih)

Niat sudah ditetapkan dalam hati, mungkin ada lagi salah dan silap yang aku sendiri tak nampak dan tak sedar, even aku fikir sorang-sorang boleh pula fikfir macam ini, "aku lambat pickup, orang lain sekali sahaja ajar terus dapat tangkap, mee....??hurmm...think positive fatin...

Aku berdoa dan berharap agar utnuk semester ini, aku dapat kekalkan kesemua result aku, dapat tamatkan ijazah aku dengan jayanya, cemerlang dengan baik..hurmmm(even aku memang teringin dapat 3 pointer ke atas, kadang aku jeleouse dengan orang-orang yang study relax smart but the result is gempak..

aku kenali diri aku, baik kenal diri sendiri, jangan ikut cara orang, aku lemah dan lambat untuk bertatatih..but for me aku berdoa snetiasa agar semua urusan aku dipermudahkan dan dilancarkan..selain dari effort dan doa...usaha [erlu..

serta aku redha dan tawakal...apa yang terjadi aku kena sabar dan sentiasa bersemangat....

Saturday, October 08, 2011

Kelas EMT batal

Tadi tunggu punya tunggu sampai pukul 830, techinician kat library tak buka, buka pun dewan kuliah, hati berkobar-kobar semangat penuh jitu, nak dengar kuliah dari Encik Fadel(hebat tau lectrur ini.

Last-last, tak jadi, kelas batal, sebab tak dapat masuk dewan kuliah, technician tak sampai-sampai. Jadi keputusannya balik dan apa yang membuat aku risau adalah, test 1 adalah pada 25 oktober ini...deeee...menyirap darah, berdebar rasa....Ya Allah Lindungi aku dari putus asa.


Then samapi bilik makan burger, hurmm, solat, then terus ke bilik member untuk study, finas, dia bagus,, dan pandai dalam digital design system, dan apa yang aku tak faham pasal digit aku akan tanya dia. Thanks friends.


Semoga urusan aku menuntut ilmu dipermudahkan. Amin.

Friday, October 07, 2011

Control System Digital Design

Orite sekarang dah hari jumaat dah 2 hari lagi aku akan ada test 1 iaitu Digital Design System, aku agak resah dengan subjek ini, sebab perlu fikir logik dan faham konsep, siapa yang otak faham konsep senang sahaja nak ingat dan faham tak perlu nak hafal-hafal. Walhal aku memang suka bab-bab banyak teori.

2 hari lepas kuiz Control System, hermmm, aku agak keciwa dengan diri aku, tapi aku percaya segala effort usaha ikhlaskan hati ingat Allah, insyaAllah, Allah bantu.

Control System, apa yang aku tahu dan faham :

Main utama adalah Open Loop dan Close Loop

Open loop : the control action indepedent to output, contoh nya, penyapu itu hanya tahu menyapu sahaja tanpa mengetahui adakah tempat itu sudah bersih atau tidak.

Close Loop : the control action related obtained to output.

Okey, cukuplah, malam ada kelas, 8-11. EMT,medan dan gelombang elektromagnet.

DAAAA...nak tido....

Sunday, October 02, 2011

2 Haribulan 10 2011

Assalamualaikum, walawei..

Hai, hariini aku gatal sangat nak berblog, padahal kerja bertimbun setinggi menara KL, sedang menanti aku, ok, bye, next time aku cerita lagi. Bukan masa yang sesuai untuk aku mengerah idea~~

Vektor Analysis

Tadi dari pukul 2 until 4 petang aku mengadap menhabiskan sisa-sisa masa aku dengan memahami EMT atau medan dan elektromagnet, fuhh, kalau nak tahu, subjek ini kira subjek killer tau bagi student electrical engineering. Tapi sebagai pelajar kejuruteraan itulah yang istimewaanya menjadi pelajar kejuruteraan cabaran mengambil kos kejuruteraan tidak mudah macam kos-kos yang lain, pendek kata kalau kira-kira campur bodoh, dengan tugasan, kuiz, ujian, final exam kira ada lebih 1000 lebih tugasan kerja perlu diselesaikan!

kena bagi EFFORT 1000000000000000000000, 12 tera kot, pada kos kejuruteraan ini, mencabar beb, pada siapa yang memang suka pada cabaran sila apply UPU kos kejuruteraan jangan ingat ambil kos ini hanya untuk glamor dan kumpul duit banyak-banyak, cabaran besar menanti tau adik-adik!

Alhamdulilah, tapi aku buat dan cuba memahami soalan simple nak mampus!! gile ambil masa 3 jam untuk memahami VEKTOR ANALYSIS!!...versi elektromagnet. lepas itu jawab soalan simple nak mampusss, tutup jawapan guna tangan, maka mulalah bertilik-tilik analisis jawapan, punya banyak cara, dok lukis vektor senget-senget, macam-macam. Last-last buka jawapan>>>>>>>peeeehhh!!! Alhamdulilah, padahal example 2.1 je pn...



Kesimpulannya aku tak kisah walaupun rasa tengok sekali soalan itu simpel hanya untuk example 2.1 je..pun bukan soalan test, tapi aku rasa nikmat sebab dapat berusaha untuk memahaminya, memahami setiap vektor yang ada. Pengajaran : setiap apa yang kita lakukan perlulah dengan usaha yang kuat, doa, niat dan keikhlasan hati ingat pada Allah, dengan itu hati mudah menerima setiap ilmu yang berguna meresap dala jiwa.(FUULL STOOP PLEASE)