Saturday, July 12, 2014

TEMUDUGA SPA - PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL J29

Semalam, aku menghadiri temuduga untuk jawatan yang bertajuk di atas. Alhamdulillah, semuanya ok dan selesai. Ini kali pertama aku menghadiri temuduga SPA selepas aku gagal dalam pemeriksaan fizika untuk Penolong Penguasa Penjara KX27, disebabkan penglihatan aku yang kurang keupayaan (rabun laaa). 
Alhamdulillah, Allah SWT, yang Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Memberi Rezeki, masih lagi memberikan aku peluang rezeki yang tidak disangka - sangka, pada Ramadhan ke-3 aku menerima berita, dijemput untuk menghadiri temuduga sebagai Penolong Pegawai Latihan Vokasional J29. Dalam hati, hanya Allah SWT sahaja yang tahu, betapa Ar-Rahman nya Allah Swt, kepada hambaNya, meskipun sedar diri ini banyak melakukan dosa. Bulan yang Mulia ini, bulan yang sangat PRICELESS, berdoa dan bermunajatlah kepada Allah SWT, Insya Allah Allah SWT perkenankan.

Ketika hari temuduga, macam biasa siap-siap apa yang wajib di bawa, pakai cantik-cantik,segak,bergaya, mutu keunggulan dan jangan lupa amik wudhuk juga, sebab aku rasa macam best je, bila ade wudhuk nak pegi temuduga, sambil-sambil baca ayat-ayat yang patut di amalkan, -surah Al-Insyirah, surah Al-Kautsar, surah Al-fatiha, surah Taha, ayat 1-5, surah surah Ali-Imran ayat last sekali.

Sampai je, tempat temuduga, aku bagi salam, kat orang-orang yang ada kat tempat temuduga tu, lepas itu nampak ade meja pendaftaran, so, apa lagi aku pun, serah semua dokumen yang diperlukan dan bagitau nama aku, kerani itu suruh susun dokumen ikut list yang dia bagi, so aku pun duduk susun semula..huhu, cuak jugak, mana la tau tersilap dengar arahan ke. Habis susun dokumen, bagi balik, minta dia checkan. Dah ok, duduk and tunggu giliran. Semasa nak tunggu giliran itu deret aku semuanya sporting, best tak adala macam diam, skema sangat, sembang-sembang je, aku rasa sebab nak hilangkan nervous kot, yang kerani tu pon sporting, boleh sembang-sembang lagi dengan candidates. susunan giliran aku, laki,aku(perempuan),laki,perempuan, laki, time nak tunggu tu jenuh juga la, tapi best, sebab dieorang semua sporting, sembang-sembang, tanya baca apa, atleast kurangla nervous nak masuk temuduga nanti.

Ketika ditemuduga...ada 2 orang panel perempuan, dia suruh perkenalkan diri,latar belakang keluarga, akademik, kelebihan diri..itu je yang aku ingat..lepas itu yang bestnya aku ceritala tentang pengalaman aku kerja, 2 orang panel itu, gelak-gelak lagi, alhamdulillah..tak adalah stress sangat.

Soalan yang dia tanya banyak yang based kepada situasi....contoh - 'awk nak mengajar dalam bidang elektrik, lepas itu nak mengajar dalam kelas yang sempit, panas, alat-alat bengkel yang besar, student pulak ade dekat 100 orang, macam mana awak nak hadapi dan mengajar dengan karenah student lagi'?...jeng-jeng....yang ini aku jawab dengan ayat paling berhemah sekali, tips aku, bagi aku, korang kena pandai olah ayat dan fikirkan apa ayat yang positif yag boleh impress penemuduga, and makesure apa yang korang cakap itu adalah ikhlas dari hati jujur korang. Jawab tu ,biarlah ade mukadimah..ada PR, macam..."Pada pandagan saya....bla..bla...,pada pendapat saya...bla..bla..then lepas itu, dengan naturalnya, akan terkeluar isi-isi mencurah-curah bagai ladang gandum.

Ini antara soalan yang dia tanya la...rumusan aku sepanjang temuduga tempoh hari Alhamdulillah, banyak yang ditanya ialah tentang 'MENGAJAR' dan soalan situasi, memandangkan aku ada degree, diaorang provoke/saiko aku lagi, aku apa lagi, jawabla dengan gaya yang berhemah...

Rumusan aku, aku fikir, penemuduga nak test/tengok kita ini boleh bercakap ke tak, berfikir dengan analytical ke tak, kreatif ke tak, yang penting kita kena tegas dan bercakap apa yang kita rasa betul pada diri kita. Prinsip ini aku, pegang, kalau aku tak tahu, aku cakap baik-baik, aku tak tahu, maaf puan saya tak pasti, tapi saya akan cuba terangkan. Aku bab teknikal/kemahiran sikit sangat..(kena banyak belajar lagi dari technician)(kalau ade pakwe dari engineering/elektrik kan best,heheh...itula kau jual mahal sangat time belajar diploma and degree,hoho...sekarang dah tak ade calon/pilihan dah nak memilih sebab kebanyakannya dah kena COP...heheh/ok forget it, fokus,fikus)

Apa-apa pun Good Luck pada yang menghadiri temuduga, doakan aku lulus berjaya dalam temuduga, dan dapat jawatan itu, amiinn.

Kat sini aku bagi links, yang mungkin dapat membantu siapa-siapa yang akan ada temuduga SPA,yang ini apa yang aku bacalah, kalau korang nak cari tips la, boleh je..:

http://nukilangadiskampung.blogspot.com/2013/05/soalan-lazim-temuduga-kerajaan.html
http://malaysianspeaker.wordpress.com/2010/08/02/jika-anda-diminta-memperkenalkan-diri-lakukan-begini/
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=647743
http://semangatjatikarya.blogspot.com/2010/04/seminggu-dua-ni-saya-terlibat-secara.html

link yang terakhir itu, wajib korang baca, sebab kat situ, info dia sangat-sangat membantu...superb beb, orang 'otai' yang dah lama menjadi penemuduga...tapi apa-apa pon korang digalakkan mencari info sebanyak yang mungkin, macam aku memang, siang-malam fikir mencari idea-idea, nak menghadiri temuduga ini, yang pasti kau kena rajin, kau kena buat kerja lebih sikit, study, macam orang nak jawab final, kau kena buat nota, kena buat checklist. rajin-rajin buat nota (orang lelaki yang buat nota, macam study dan jawab exam,pergi interview, adalah orang lelaki yang aku rasa cool sesangat, hensem sesangat)..oopssss..sudah..cukup sudah...forget it...