Sejujurnya, aku seboleh-boleh tidak mahu menwujudkan lagi blog ini dan blog-blog lain yang akan datang. Tetapi disebabkan NIAT sebenar adalah tujuan untuk BELAJAR, aku terima dengan hati yang optismis. Tak kan selamanya aku takut menghadapi cabaran. Soal aku, dan sekarangnya aku melihat diri aku, mencuba apa yang ada pada potensi diri aku dan FOKUS kembali kepada apa yang aku ingin CAPAI dalam hidup. Ya sedikit sebanyak COACH ROZI SAAREY banyak mempengaruhi minda aku, walaupun dia dan aku tidak pernah bersua muka. Apa yang penting minda dan fikiran kau kena FOKUS kepada apa yang kau ingin CAPAI. Tidak kisah jika apa yang kau ingin kan tidak tercapai, tetapi engkau telah berusaha untuk mencapainya.
Sekian.
Dari aku yang lama tak menulis ini.