Jangan ditanya soal hukum kepada ku..kerana aku bukan USTAZAH
Jangan ditanya soal hukum kepada ku..kerana aku bukan pelajar aliran agama,yang selayaknya berbicara tentang agama
Jangan disangka aku seorang yang kuat imanya kerana aku selemah-lemah manusia sememangnya layak untuk diuji
Jangan dilihat pada luaran pakaian, tudungku, jangan diukur labuh atau sesingkatnya tudungku
kerana belum tentu baiknya pekerti ku jaminan ke syurga atau ke neraka...nauzubillah minzalik
Allah sebaik-baik tempatku bergantung...
Lemahnya dirinya dikala diuji sekecil ujian dariNya..
Friday, December 06, 2013
Cinta Allah..Aku Ada Dia.. Allah SWT
Jangan pernah hendak mencintai manusia jika belum pernah mencintai Ilahi
Jangan pernah hendak mencintai manusia jika belum belajar mencintai Rasulullah SAW
Jangan pernah hendak mencintai manusia jika belum membalas cinta kepada Ibu Bapa
Apabila aku memerlukan semangat
Tetapi tiada yang menjadi pendorong
Aku tahu aku ada Dia, cukuplah Dia
Lalu aku rujuk kalamNya
kerana disitu aku temui madah-madah Indah
Pembakar sebuah semangat yang semakin malap
Bila aku rasa dunia ini tidak membahagiakan
Aku ingat pada janjiNya
Sesungguhnya bahagia yang kekal adalah syurga
Tak kan aku temui bahagia itu didunia
lalu aku Redhakan segalanya
Demi untuk bertemu bahagia hakiki disana
dari:www.iluvislam.com/Nur Amani/lailatulema
Ap
Subscribe to:
Posts (Atom)