Friday, December 06, 2013

Lepaskan Segalanya Hanya Pada Allah

Jangan ditanya soal hukum kepada ku..kerana aku bukan USTAZAH
Jangan ditanya soal hukum kepada ku..kerana aku bukan pelajar aliran agama,yang selayaknya berbicara tentang agama
Jangan disangka aku seorang yang kuat imanya kerana aku selemah-lemah manusia sememangnya layak untuk diuji
Jangan dilihat pada luaran pakaian, tudungku, jangan diukur labuh atau sesingkatnya tudungku
kerana belum tentu baiknya pekerti ku jaminan ke syurga atau ke neraka...nauzubillah minzalik
Allah sebaik-baik tempatku bergantung...
Lemahnya dirinya dikala diuji sekecil ujian dariNya..

Cinta Allah..Aku Ada Dia.. Allah SWT



Jangan pernah hendak mencintai manusia jika belum pernah mencintai Ilahi
Jangan pernah hendak mencintai manusia jika belum belajar mencintai Rasulullah SAW
Jangan pernah hendak mencintai manusia jika belum membalas cinta kepada Ibu Bapa

Apabila aku memerlukan semangat
Tetapi tiada yang menjadi pendorong
Aku tahu aku ada Dia, cukuplah Dia
Lalu aku rujuk kalamNya
kerana disitu aku temui madah-madah Indah
Pembakar sebuah semangat yang semakin malap

Bila aku rasa dunia ini tidak membahagiakan
Aku ingat pada janjiNya
Sesungguhnya bahagia yang kekal adalah syurga
Tak kan aku temui bahagia itu didunia
lalu aku Redhakan segalanya
Demi untuk bertemu bahagia hakiki disana

dari:www.iluvislam.com/Nur Amani/lailatulema


Ap

Wednesday, October 23, 2013

Kembali

Sejujurnya, aku seboleh-boleh tidak mahu menwujudkan lagi blog ini dan blog-blog lain yang akan datang. Tetapi disebabkan NIAT sebenar adalah tujuan untuk BELAJAR, aku terima dengan hati yang optismis. Tak kan selamanya aku takut menghadapi cabaran. Soal aku, dan sekarangnya aku melihat diri aku, mencuba apa yang ada pada potensi diri aku dan FOKUS kembali kepada apa yang aku ingin CAPAI dalam hidup. Ya sedikit sebanyak COACH ROZI SAAREY banyak mempengaruhi minda aku, walaupun dia dan aku tidak pernah bersua muka. Apa yang penting minda dan fikiran kau kena FOKUS kepada apa yang kau ingin CAPAI. Tidak kisah jika apa yang kau ingin kan tidak tercapai, tetapi engkau telah berusaha untuk mencapainya.

Sekian.
Dari aku yang lama tak menulis ini.

Friday, September 27, 2013

Terbaik untukmmu

sekarang ini tengah merangka planning utk next year akan datang..
insya Allah akan aku buat yang terbaik untuk orang yang aku sayang..
semoga Allah mempermudahkan urusan ku, kamu dan dia..





love it.i love it...=)..May Allah Bless us..

Tuesday, June 11, 2013

Kisah Qalisha, Masjid Negara, Dataran Merdeka

Kisah ini aku ceritakan seperti dalam novel-novel yang biasa kita baca.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------



Qalisha, bersiap-siap mengenakan jubah kegemarannya, jubah tersebut adalah milik kakaknya, namun, disebabkan kakaknya kurang gemar memakai jubah, maka jubah tersebut secara mutlak adalah hak milik Qalisha. Qalisha memang sangat mengemari jubah sejak akhir-akhir ini, tetapi tak banyak koleksi jubah yang dia ada, tapi jubah yang dia sedang pakai ini adalah, jubah dari Makkah, ketika mak dan ayahnya menunaikan haji pada 3 tahun lepas tak silap. Jam sudah menunjukkan 6.00 petang, Qalisha, segera menyiapkan segala kelengkapan, telekung, air, makanan,roti dan biskut, serta tikar untuk menghadiri Majlis Cinta Rasul yang akan berlangsung di Dataran Merdeka buat pertama kalinya. Akhirnya ayah dan Qalisha berdua ke sana, sementelaah, mak, tidak dapat ikut kerana ada tugasan yang perlu diselesaikan.

Tak banyak, yang dibicarakan ketika bersama ayah didalam kereta cuma CD dan kaset alunan-alunan qasidah sahaja yang berputar didalam kereta. Qalisha cuba membetulkan niat, tujuan aku datang ke majlis tersebut adalah untuk menyemai rasa cinta kepada Baginda, Rasulullah Saw. Setelah tiba di sekitar Dataran Merdeka, aku sudah nampak, kelibat jubah putih dan hitam. Jadi, ayah menyuruh aku solat maghrib di Masjid Negara, masya Allah, alangkah indahnya ketika itu, baru sikit jee rasanya, agaknya macam mana suasana kat Makkah ya, teringin sangat. Bestnya dapat lihat akhwat, dan ikhwan yang mengikut sunnah Rasulullah Saw, berjubah, memakai minyak wangi. Rasa nyaman melihat mereka. Namun yang lebih penting, apa yang ingin ditekankan ialah kita sebagai hamba Allah berusahalah untuk memperbaiki diri dari semasa-ke semasa, kadang-kadang kita ini dinampak baik, sebab Allah tutup aib kita, kalau Allah buka aib kita, memang banyak dosa kita. Alangkah indahnya, lihat sahabat-sahabat yang mengerti perjuangan dakwah,sama-sama faham apa itu tarbiyah, apa itu mukhayyam...,Qalisha.......banyak sangat yang tak tahu, betapa kecilnya Qalisha.

Selesai sahaja solat maghrib berjemaah, aku menunggu ayah di parking kereta, sambil menunggu aku mencalit minyak wangi, yang dibolehkan untuk solat. Qalisha lihat sana-sini, orang berpakaian jubah persis di Makkah..ehh macam mana Qalisha tahu,aku pun tak pernah pergi lagi...Qalisha agak jee..macam tu kot suasananya kat sana. Semasa Qalisha menghadiri Majlis Ta'alim di Darul Murtadza, Masjid Muaz Bin Jabal, mak kata, suasana kat sana dah macam kat Makkah, lebih kurang macam tulah suasananya, orang berduyun-dyun ramai. Itulah pertama kali Qalisha pergi dan menjejakkan kai di masjid tersebut, suasananya, masya Allah, hilang segala kepincangan duniawi yang asyik kita bimbangkan, selalu risaukan....sama-sama berselawat ke atas Baginda, Nabi Muhammad Saw..dan memdengar perkongsian ilmu-ilmu yang Qalisha rasa sangat mencucuk ke dasar hati, melihat para habib, keturunan Rasulullah Saw, menyampaikan tazkirah, benar-benar Qalisha mengerti hidup ini hanya mati dan hidup kembali kepada Allah, satu definisi baru yang dulu tak pernah wujud dalam kamus hidup Qalisha

ini kat Masjid Muaz Bin Jabal, Setiawangsa


Kembali semula, ke Dataran Merdeka, setelah beberapa minit, menunggu ayah, ayah pun tiba. "Qalisha, bawak surat khabar dengan tikar kan?" nanti nak duduk kt sana, mesti ramai orang"- kata ayah kepada ku. Perjalanan menuju ke Dataran merdeka memakan masa lebih kurang 5 minit kot, aku ternampak kereta stesen TV kegemaran ku, TV AL-HIJRAH, nak sangat berhenti ambil gambar disana, tapi tak mengapalah...hehehe...walaupun tiada rezeki untuk buat latihan industri di sana, tapi dapat jejak kaki di stesen TV tersebut pun jadilah, tempoh hari, terserempak dengan Ustaz Syed Norhisyam Bin Tuan Padang, kecik je orangnya, tapi suka buat lawak, chomei ustaz deerr..heheh

Jadi bila dah sampai tercari-cari lah tempat duduk, jadi, Qalisha dan ayah setuju untuk duduk diatas padang beralaskan rumput, tapi dah ada tikar ok. Majlis hampir bermula jam 9.00 malam. Dan, ayah bercadang nak balik jam 10.30, Qalisha pun bersetuju. Kami pun bergerak meninggalkan majlis biarpun majlis tak habis lagi, disebabkan, ayah tak boleh drive lewat malam, katanya mengantuk. Qalisha dan ayah bergerak ke Masjid Negara, menunaikan solat ishyak.

Pada saat inilah, terdetik segalanya, dihati Qalisha, ketika Qalisha menuju ke ruang wudhuk, untuk mengambil wudhuk, Qalisha, ternampak kelibat lelaki memakai t-shirt hijua, juga segara ke ruang wudhuk lelaki, terletak jauh sedikit dari wudhuk wanita. Selesai wudhuk, Qalisha segera, menyarung telekung dan stokin, kemudian Qalisha, ternampak ayah sedang solat, jadi, lebih baik berjemaah. Qalisha membentangkan sejadah, tiba-tiba, Qalisha disapa dengan menunjukkan isyarat tangat serta bunyi dari mulut, bermaksud untuk jemaah bersama oleh lelaki berbaju hijau tadi, tapi jelas mukanya, kerana, Qalisha rabun, cermin mata tak pakai. Pada waktu itu, Qalisha cuba menenangkan diri, fokus apa solat, walaupun pada ketika itu dah tak boleh nak khusyuk dah. Sebaik sahaja sujud, lelaki itu pun turut serta sujud bersama mengikut imam. Terasa sesuatu, tapi Qalisha, cepat-cepat abaikan. 


Dan, sebaik sahaja habis menunaikan solat ishyak berjemaah, dan solat witir, itulah saat paling Qalisha, rasa..eeemmmmm...apakah...ini? Adakah jodoh...eemmmm...adakah petunjuk..emmmm....tetapi sewaktu bacaan doa telah habis, lelaki tersebut ada bersalaman dengan ayahku...emmmmm.......emmmm....tetapi Qalisha, rasa itu lah saat paling kenangan Qalisha rasa....tapi Qalisha tak nak fikirkan secara mendalam, siapa lelaki misteri itu. Yang penting, niat mesti kerana Allah Swt. Siapa tahu, jodoh itukan rahsia Allah, kan lebih baik dan lebih sweet kita serahkan pada Allah hal-hal jodoh kita, bila kita dah tahu, sebaik sahaja majlis akad-nikah, baru kita tahu, ehh, kau ke jodoh aku..sweetkan..so tak perlu risau siapa jodoh kita, lambat la jodoh kita, atau apa-apalah...yang penting...

Percayalah, cinta selepas kahwin, bagaimana?
Siapkan diri menjadi insan bertaqwa, sampai masa Allah hantar insan yang bertaqwa itu kepada kita.

Ehh, Qalisha dah sampai rumahlah, tengok-tengok anak buah Qalisha yang 3 orang pun, ada.."Mak teh, mak teh, cepatlah potong kek, danial nak makan kek ini" heheh..rupa-rupanya, adam,danial, aisyah, menunggu atoknya pulang, sebab nak potong kek sama-sama dengan atoknya..heheh...

inilah kek yang danial, adam dan aishah tunggu nak potong sama-sama
semoga menjadi anak-anak yang soleh...aaminn




Aky Yang Berdosa 1



"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
Al-Baqarah : 216

Dah 24 tahun rupanya saya..
dan mengijnjak ke usia ini, mana yang lebih difikirkan..
berdosanya aku, bila mana aku asyik memikirkan hal dunia sahaja..tanpa aku mengambil berat tentang hal akhirat
hal dunia :
-belajar,kahwin,kerja,keluarga, rakan-rakan, tugasan, projek,...

hal akhirat :
aku sering kali abaikan..

mana bekalan yang ingin ku bawa apabila jasad aku ini sudah ditanam di liang lahad kubur..

------sejenak, termenung berfikir------
(muhasabah diri)







Ya bersandarkan ayat Al-Baqarah : 216....banyak sesuatu peristiwa yang terjadi ke atas diriku, namun aku mengajar hatiku ini agar tetap sabar, redha dan bersangka baik dengan setiap ujian yang mendatang

jadi apa-apa pun, aku berusaha sebaik mungkin dan bertawakkal kepada Allah...STUDY KERANA ALLAH, bukan kerana EXAM..

p/s : kawan-kawan pernah tak terfikir kita ini, hidup, dilahirkan utk apa sebenarnya, adakah aturan hidup kita hanya mengikut putaran kehidupan macam biasa contonhnya
tadika>sekolah>upsr>pmr>spm>diploma>ijazah>kerja>kahwin>keluarga>...........................

lepas tu apa? pernah tak terfikir kita hidup hari ini, belajar hari ini untuk apa sebenarnya..?
adakah dengan kita study degree,ijazah kita ini boleh bagi kita kemewahan, baju branded, jam branded, 
kalau mak/ayah kaya/mampu bolehlah bagi kat anak-anak..alhamdulillah..
lepas tu sedar tak, kita ini dilahirkan untuk apa..adakah lepas belajar, kerja ,kahwin, bina keluarga, lepas tu...?
dan lagi satu lingkungan umur sebegini, kita asyik fikirkan ijazah.study kita je, tanpa kita berfikir apa akan jadi untuk tahun-tahun akan datang....................................................................................................

orang tak tutup aurat dgn baik, boleh dapat dekan/first class
orang yang tak solat, boleh dapat apa yang dia inginkan dengan mudah.....


Ya Allah, alangkah indahnya, jika aku mengerti setiap inci ujian ini adalah dari-Mu,untuk aku merenung kembali dosa-dosaku,


p/s 1 : aku yang berdosa...mohon ampunan kepada Allah Swt...

Saturday, June 08, 2013

Aku Yang Berdosa

Kadang-kala berasa sangat berdosa dengan diri ini
tetapi terus-menerus melakukan dosa tanpa kita sedar
dosa tersebut seolah-olah telah menjadi makanan ruji kita
analoginya..

"bila kita tengok orang pakai seksi, kita tak rasa apa-apa"
just say, biasalah nak moden..

Allah bentangkan kita seluas pintu pengampunan taubat..
tapi kita yang bertambah dosa ini semakin hari
tak pernah nak rasa nak bangun solat malam
apatah lagi nak merasai manisnya,syahdunya solat fardhu ini

p/s : aku yang berdosa...

Tuesday, March 19, 2013

Infomatika Aurat

Assalammualaikum...1 Malaysia..heheh..
ok...so...nak ceritalah sikit ini..heheh..pertama sekali..aku pun dulu...begitu..zaman jahiliyah..padahal..kita ini keluar-keluar..lahir-lahir..terus ISLAM...tapi aku ini dulu..sibuk dengan nak berfesyen-fesyen..bagai..sampai aku jadi hamba fesyen...oohh..cukuplah...biarlah Allah sahaja yg tahu betapa jahilnya aku..tentang aurat..heheh...aku terpanggil..terasa tiba-tiba..nak coret-coret..heeheheh..bukan apa..sebab...at least aku dah jalankan tanggugjawab aku sebagai..muslim..dan juga utk kawan-kawan tersayang..(ayat ini mmg cliche..heheh..)..malasla nak ckp panjang..aku ini dah lama tak asah bidang penulisan...heheh..banyak pulak yg melalut..nanti..jom..sama-sama audit..diri..dan yg paling penting audit diriku sendiri dulu...aku pun banyak kelemahannya...tegurlah aku...jika memang itu kesalahan ku..

Menegur jangan sampai menghina,
Mendidik jangan sampai memaki,
Meminta jangan sampai memaksa,
Memberi jangan sampai mengungkit.
#kadang-kadang kita tak sedar,niat dan cara kita adakalanya bercanggah..
Perbaiki diri, bersihkan hati.Matlamat tidak menghalalkan cara

ayat copy paste je tu..nak buat thesis..run simulation..dah ambil separuh dari idea ini..hee...-,-"

Kredit kpd...http://ukhtishira.blogspot.com/search?updated-min=2010-01-01T00:00:00-08:00&updated-max=2010-11-15T22:20:00-08:00&max-results=14&start=9&by-date=false

aku pun dh lupa macam mana commands nk letak link..blog...asyik run network je..huhu

bwh ni copy paste je..heheh..tapi bermanfaat..bacalah..semoga menjadi asbab..membuka hati ke jalan yang diredhaiNya...aamin..



KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
 KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
 KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
 KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
 KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
 KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

يرحم الله المتسرولات

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)
Anda mungkin juga meminati:

Saturday, March 16, 2013

Jodoh dan Mati

Mengapa aku signifikasikan tajut tersebut kepada 'Jodoh dan Mati'i
kerana aku tidak mahu memusat kisah aku ini berkisar antara dua jiwa manusia..bila berbicara tentang seseorang yang kita admire...yang kita sukai..habis semua kita senaraikan kesukaannya..tetaperui...bila fikirkan balik..mana lagi penting...dari terus berborak..berisikan woo..hemsemnye..dia..sweetnya dia..caringnya dia..rajinnya pegi solat jemaah...rajinnya pegi dengar kuliah UAI...heemmm


memang akan terbuai oleh.....peraasaa...aaa melawan nafsu...hati..mujahadah..bukan mudah...
eksteremkah aku..kalau bagi microphone kat aku ketika waktu kelas, adakalanya mungking orang tak percaya dan tak percaya adakah itu diriku yang mereka kenali..aahh..buang semua tannggapan manusia...
who cares...

jodoh...ada satu ketika..isu ini datang kepadaku..walhal..sukar..menanti? heemm...bagaimana....susur galur lebih dipentingkan...keturunan..pangkal nama..itu dicari..--buang semua prasangka buruk kau ini fatin...-usnozhon...
=)...saya bahagia dalam dan luar...

Mati itu pasti...=)

Aku hanya picisan kecil..Namun Allah sentiasa ada memerhati..

Tatkala..aku melewati penulisan ini...aku melihat ke dalam diriku..bukan melihat kepada sesiapa..bukan melihat kepada mereka disekeliling ku..tetapi yang lebih penting melihat siapa aku didalam diriku sendiri..
ya..masih banyak yang wajib aku pelajari..menuntut ilmu, semakin aku mendekati Allah Swt..semakin aku keluar menongkah mencari ilmu..semakin aku rasa kerdil..jahilnya aku...=(..T_T...
biar apa pun pandangan orang sekeliling ku...biar apa pun sindiran orang disekeliling ku..buang semua..tutup kedua-dua belah telinga..butakan mata dari orang-orang yang negatif..kasihani mereka..kesian pada mereka..ya bersangka baiklah..ya..aku sedang melawan hati ini..jangan ingat aku sudah cukup baik..dengan sikap lemah-lembut, menjaga tatacara perilaku..menjaga auratku..jangan..jangan ingat aku terlalu baik..kerana aku sendiri sedang menghadapi dugaan dan ujian ini keseorangan..tiada teman..tiada teman sekuliah..yaa...! kerana Allah ada disisi ku..betapa memang aku lemah..ya..memang aku lemah..kerana itu..aku kuat kerana Allah ada disisiku setiap masa.
Aku akan ingat ayat di dalam Al-Quran, "dunia ini adalah senda gurauan permainan"...

berbalik kepada melawan hati dalam diriku ini..adakalanya kita perlu bergerak diatas kaki sendiri..bukan hanya untuk bermain-main berfoya-foya..ya..mereka nampak aku seolah-olah aku lemah..tetapi dalam diri ini Allah lah yang menguatkan aku..betapa masa silam ku adalah jahiliyah aku...aku tak mampu menutup aib-aib mulut orang terhadap ku..hanya Allah Swt mengetahui segalanya..

kalau aku bersamamu, dan jika aku tidak mengeluarkan sepatah kata dari mulutku ini..dan bila disoal,disapa,..sepatah dijawab..mengertilah bahawa..aku sedang belajar untuk mendidik diri aku..dari mengeluarkan perkataan-perkataan yang merosakkan pemikiran aku...ekstremkah aku?

Tetapi, dengan tertegaknya agama yang syumul itu,...itu adalah tunjangku...munking aku kelihatan bosan...mungkin aku kelihatan tidak happening..tiada sense of humor...tetapi itulah diriku..jika tidak..menyukai tidak mengapa..kerana...ada berjuta orang lagi sedang ingin berbahagia dengan ku disana kelak akhirat sana...

Aku tidak boleh mengikut apa yang orang lain buat..kerana aku adalah menjadi diriku..memang..adakala aku rasa sedih..tetapi bila meletakkan Allah adalah yang teratas dalam diri ini..segala kesedihan itu luput serta-merta...

ada orang bertanya ku..mengapa tidak ikut serta sekali..bersama-sama mereka...aku mempunyai alasan tersendiri..jawapanku mungkin EKSTREMM, bagi mereka,..tetapi itulah pendirian yang aku teguhkan dari hati ku ini...humm


Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang.

“Siapa yang bergaul dengan orang-orang yang baik, akan hidup mulia. Dan yang bergaul dengan orang-orang yang rendah akhlaknya, pasti hina.”

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik tetangga di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap tetangganya.” (Hadis riwayat al-Hakim)


salah satu dari posting facebook Remaja Cinta Dakwah..renung-renungkanlah....


aku bukanlah yang terbaik ...jika ditanya tentang agama..ceteklah sangat ilmuku..namun....jika perkongsian yang dapat kusampaikan dari majlis ilmu yang ku kutip..ingin aku kongsikan..sebarkan bersama..agar...menjadi manfaat..buatku..buatmu...dan semua orang...


Ya...aku maafkan...walaupun mereka tidak mengerti..apa yang ingin aku maafkan...biarlah kejadian silam itu..menjadi rahsia antara aku dan Allah...MAAFKAN..MAAFKAN...MAAFKAN...=)..hati menjadi lapang......semoga Allah membuka hati dan pintu hati mereka ke jalan yang lurus...

Aku melupakan sengketa itu..:budak kecil...--what the meaning yang sangat mendalam...
apalah sangat aku.ini..ya...mengenali seseorang adalah lebih mudah...menanam..rasa cinta..tetapi apabila kita menanam rasa benci...adalah amat mudah untuk melonggarkan ikatan kawan-kawan yang hampir 6 tahun menginjak usianya...sedih..memang sedih...memang sedih...ya.....ya...ya...aku mengerti....hidup ini...hidup..ni...

Akhirat adalah kekal abadi...apa-apa pun...aku MAAFKAN mereka...=)..ya..hati menjadi lapang...lupakan sengketa..akan ku ingati 1001 KEBAIKAN MEREKA terhadapku.....ya..sangat banyak..terima kasih mereka...semoga Allah Swt..membalas jasa mereka.....


DUHAI SAHABAT..
Biar orang kata kita POYO..
Biar orang kata kita BUAT-BUAT ALIM..
Biar orang kata kita nak TUNJUK HEBAT..
Biar orang kata kita BERLAGAK BAIK SANGAT "LERW TUE"..
Biar orang kata kita NAK JADI USTAZ "LERW TUE"..
Biar orang kata kita ORANG SURAU/MASJID TUE SEMPURNA SANGAT KER..
Biar orang kata kita APA-APA SAHAJA..

"Sama2la kita membantu antara satu sama lain berkongsi ilmu manfaat bersama"

Ingatlah sahabat...sekur ang-kurangnya kita telah meLAKSANAkan salah satu HAK MUSLIM ke atas MUSLIM yang lain..kita tak akan diPERSOALkan ALLAH SWT lagi... biar manusia memPERSOAL kita di DUNIA, jangan sampai ALLAH SWT memPERSOAL kita di AKHIRAT




Kau tahu kenapa...aku juga dulu dalam dunia ku sendiri..siang-malam...dihabiskan dgn masa-masa jahiliyiah...
barang branded, Vincci, Gucci, Giossardi, Casio, Clanks, Marie Clairie, Maybeline, Sony Ericcson, hehe, Nikon, Canon EOS, Samsung Galaxy.....eerrkk Baju mahal rm 200..walhal..baju kecik muat-muat sendat badan je...shopping, makan best-best, nandos,la..tutti fruti laa...arrghhh....

memanga semuaaa......


sudah..sudah...aku sedang bertarung dengan diriku ini...walhal..luar diriku ini...hanya mampu tersenyummm....

jangan ingat orang yang senyap, selalu...tidak mengeluark kata-kata..tidak turut serta gelak adalah...orang yang tiada dugaannya...kerana setiap malam...dia menyapu kelat air mata hati,menangis kerana Allah...=(

....Titik.....

Saturday, January 19, 2013

Hijab I'm In Love



Semua bermula dengan mengingati Allah SWT
bersyukur sangat-sangat..alhamdulillah..
Allah beri saya kefahaman..beri saya ilmu..
beri saya..saya antara orang-orang yg dipilih oleh Allah untuk berjuang di jalan ini
Allah..Engkau peluk aku..
aku lemah...
Allah Engkau pujuk aku..
aku keseorangan..
Allah Engkau pandu aku..
aku tiada teman istimewa..
syukran Allah..
Alhamdulillah...
kata kak dayah..."kenapa kamu disini?" sebab kamu adalah orang-orang yang dipilih Allah..
terima kasih Allah kurniakan saya sahabat-sahabat yang berjuang dijalanMu ini..ke syurgaMu..
buat nad yang ku anggap sahabat yang ingin ku berjiran diakhirat kelak disana..insyaAllah...kuatlah kamu
menghadapi dugaan ini..
buang semua..langho-lagho..jahilliyah...
aku insan lemah...
berubah..berhijrahla..kamu..
sedangkan novel pun boleh habis baca dalam 1 hari..sambil..menangis-nangis..banyak input berguna itu
tetapi sedangkan Al-quran pun sukar utk kita keluarkan air mata...
Allah Engkau dekat penuh kasih sayang..
kurniakan aku air mata yang mengalir tatkala hati ini disentuh lembut dengan
'nota-nota' cintaMu..