Tuesday, June 11, 2013

Kisah Qalisha, Masjid Negara, Dataran Merdeka

Kisah ini aku ceritakan seperti dalam novel-novel yang biasa kita baca.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------



Qalisha, bersiap-siap mengenakan jubah kegemarannya, jubah tersebut adalah milik kakaknya, namun, disebabkan kakaknya kurang gemar memakai jubah, maka jubah tersebut secara mutlak adalah hak milik Qalisha. Qalisha memang sangat mengemari jubah sejak akhir-akhir ini, tetapi tak banyak koleksi jubah yang dia ada, tapi jubah yang dia sedang pakai ini adalah, jubah dari Makkah, ketika mak dan ayahnya menunaikan haji pada 3 tahun lepas tak silap. Jam sudah menunjukkan 6.00 petang, Qalisha, segera menyiapkan segala kelengkapan, telekung, air, makanan,roti dan biskut, serta tikar untuk menghadiri Majlis Cinta Rasul yang akan berlangsung di Dataran Merdeka buat pertama kalinya. Akhirnya ayah dan Qalisha berdua ke sana, sementelaah, mak, tidak dapat ikut kerana ada tugasan yang perlu diselesaikan.

Tak banyak, yang dibicarakan ketika bersama ayah didalam kereta cuma CD dan kaset alunan-alunan qasidah sahaja yang berputar didalam kereta. Qalisha cuba membetulkan niat, tujuan aku datang ke majlis tersebut adalah untuk menyemai rasa cinta kepada Baginda, Rasulullah Saw. Setelah tiba di sekitar Dataran Merdeka, aku sudah nampak, kelibat jubah putih dan hitam. Jadi, ayah menyuruh aku solat maghrib di Masjid Negara, masya Allah, alangkah indahnya ketika itu, baru sikit jee rasanya, agaknya macam mana suasana kat Makkah ya, teringin sangat. Bestnya dapat lihat akhwat, dan ikhwan yang mengikut sunnah Rasulullah Saw, berjubah, memakai minyak wangi. Rasa nyaman melihat mereka. Namun yang lebih penting, apa yang ingin ditekankan ialah kita sebagai hamba Allah berusahalah untuk memperbaiki diri dari semasa-ke semasa, kadang-kadang kita ini dinampak baik, sebab Allah tutup aib kita, kalau Allah buka aib kita, memang banyak dosa kita. Alangkah indahnya, lihat sahabat-sahabat yang mengerti perjuangan dakwah,sama-sama faham apa itu tarbiyah, apa itu mukhayyam...,Qalisha.......banyak sangat yang tak tahu, betapa kecilnya Qalisha.

Selesai sahaja solat maghrib berjemaah, aku menunggu ayah di parking kereta, sambil menunggu aku mencalit minyak wangi, yang dibolehkan untuk solat. Qalisha lihat sana-sini, orang berpakaian jubah persis di Makkah..ehh macam mana Qalisha tahu,aku pun tak pernah pergi lagi...Qalisha agak jee..macam tu kot suasananya kat sana. Semasa Qalisha menghadiri Majlis Ta'alim di Darul Murtadza, Masjid Muaz Bin Jabal, mak kata, suasana kat sana dah macam kat Makkah, lebih kurang macam tulah suasananya, orang berduyun-dyun ramai. Itulah pertama kali Qalisha pergi dan menjejakkan kai di masjid tersebut, suasananya, masya Allah, hilang segala kepincangan duniawi yang asyik kita bimbangkan, selalu risaukan....sama-sama berselawat ke atas Baginda, Nabi Muhammad Saw..dan memdengar perkongsian ilmu-ilmu yang Qalisha rasa sangat mencucuk ke dasar hati, melihat para habib, keturunan Rasulullah Saw, menyampaikan tazkirah, benar-benar Qalisha mengerti hidup ini hanya mati dan hidup kembali kepada Allah, satu definisi baru yang dulu tak pernah wujud dalam kamus hidup Qalisha

ini kat Masjid Muaz Bin Jabal, Setiawangsa


Kembali semula, ke Dataran Merdeka, setelah beberapa minit, menunggu ayah, ayah pun tiba. "Qalisha, bawak surat khabar dengan tikar kan?" nanti nak duduk kt sana, mesti ramai orang"- kata ayah kepada ku. Perjalanan menuju ke Dataran merdeka memakan masa lebih kurang 5 minit kot, aku ternampak kereta stesen TV kegemaran ku, TV AL-HIJRAH, nak sangat berhenti ambil gambar disana, tapi tak mengapalah...hehehe...walaupun tiada rezeki untuk buat latihan industri di sana, tapi dapat jejak kaki di stesen TV tersebut pun jadilah, tempoh hari, terserempak dengan Ustaz Syed Norhisyam Bin Tuan Padang, kecik je orangnya, tapi suka buat lawak, chomei ustaz deerr..heheh

Jadi bila dah sampai tercari-cari lah tempat duduk, jadi, Qalisha dan ayah setuju untuk duduk diatas padang beralaskan rumput, tapi dah ada tikar ok. Majlis hampir bermula jam 9.00 malam. Dan, ayah bercadang nak balik jam 10.30, Qalisha pun bersetuju. Kami pun bergerak meninggalkan majlis biarpun majlis tak habis lagi, disebabkan, ayah tak boleh drive lewat malam, katanya mengantuk. Qalisha dan ayah bergerak ke Masjid Negara, menunaikan solat ishyak.

Pada saat inilah, terdetik segalanya, dihati Qalisha, ketika Qalisha menuju ke ruang wudhuk, untuk mengambil wudhuk, Qalisha, ternampak kelibat lelaki memakai t-shirt hijua, juga segara ke ruang wudhuk lelaki, terletak jauh sedikit dari wudhuk wanita. Selesai wudhuk, Qalisha segera, menyarung telekung dan stokin, kemudian Qalisha, ternampak ayah sedang solat, jadi, lebih baik berjemaah. Qalisha membentangkan sejadah, tiba-tiba, Qalisha disapa dengan menunjukkan isyarat tangat serta bunyi dari mulut, bermaksud untuk jemaah bersama oleh lelaki berbaju hijau tadi, tapi jelas mukanya, kerana, Qalisha rabun, cermin mata tak pakai. Pada waktu itu, Qalisha cuba menenangkan diri, fokus apa solat, walaupun pada ketika itu dah tak boleh nak khusyuk dah. Sebaik sahaja sujud, lelaki itu pun turut serta sujud bersama mengikut imam. Terasa sesuatu, tapi Qalisha, cepat-cepat abaikan. 


Dan, sebaik sahaja habis menunaikan solat ishyak berjemaah, dan solat witir, itulah saat paling Qalisha, rasa..eeemmmmm...apakah...ini? Adakah jodoh...eemmmm...adakah petunjuk..emmmm....tetapi sewaktu bacaan doa telah habis, lelaki tersebut ada bersalaman dengan ayahku...emmmmm.......emmmm....tetapi Qalisha, rasa itu lah saat paling kenangan Qalisha rasa....tapi Qalisha tak nak fikirkan secara mendalam, siapa lelaki misteri itu. Yang penting, niat mesti kerana Allah Swt. Siapa tahu, jodoh itukan rahsia Allah, kan lebih baik dan lebih sweet kita serahkan pada Allah hal-hal jodoh kita, bila kita dah tahu, sebaik sahaja majlis akad-nikah, baru kita tahu, ehh, kau ke jodoh aku..sweetkan..so tak perlu risau siapa jodoh kita, lambat la jodoh kita, atau apa-apalah...yang penting...

Percayalah, cinta selepas kahwin, bagaimana?
Siapkan diri menjadi insan bertaqwa, sampai masa Allah hantar insan yang bertaqwa itu kepada kita.

Ehh, Qalisha dah sampai rumahlah, tengok-tengok anak buah Qalisha yang 3 orang pun, ada.."Mak teh, mak teh, cepatlah potong kek, danial nak makan kek ini" heheh..rupa-rupanya, adam,danial, aisyah, menunggu atoknya pulang, sebab nak potong kek sama-sama dengan atoknya..heheh...

inilah kek yang danial, adam dan aishah tunggu nak potong sama-sama
semoga menjadi anak-anak yang soleh...aaminn




No comments:

Post a Comment